Rukun Iman ada 6
Sebagai seorang yang menganuti agama Allah iaitu islam, kita mestilah mengetahui dan mengikuti 6 rukun Iman yang ditetapkan olehNya. Rukun Iman ini juga mampu mengubah kehidupan dan membaiki kehidupan bagi sesiapa yang mengetahui dan cuba untuk mendekatkan diri dengan rukun ini dan Allah s.w.t.
Surah An-Nisa ayat 136
O you who have believed, believe in Allah and His Messenger and the Book that He sent down upon His Messenger and the Scripture which He sent down before. And whoever disbelieves in Allah , His angels, His books, His messengers, and the Last Day has certainly gone far astray.
Di atas ialah surah An-Nisa yang menerangkan 5 daripada 6 Rukun Iman. Antaranya ialah:-
1] Percaya kepada Allah
Allah adalah nama yang dikhaskan untuk merujuk kepada tuhan dalam bahasa Melayu. Namun, masih ada banyak lagi nama-nama lain bagi Allah iaitu Asmaul Husna ( 99 nama Allah ). Sebagai orang islam, kita haruslah percaya kewujudan Allah yang maha Esa. Ini adalah satu daripada rukun Iman. Percaya dan takut padanya mampu menjadikan kita lebih berhati-hati dalam menjalankan kehidupan.
2] Percaya kepada Malaikat
Setiap orang islam mesti percaya wujudnya malaikat. Malaikat ini dicipta daripada cahaya dan tidak kelihatan. Tetapi, malaikat ada di mana-mana tanpa kita sedari. Zat malaikat sangatlah halus dan dan tidak mampu dilihat dengan mata kasar namun manusia istimewa seperti nabi dan rasul mampu melihatnya dengan kekuasaan Allah. Rupa sebenar malaikat tidak dapat dibayangkan dan hanya Allah s.w.t. sahaja tahu. Malaikat yang wajib diketahui ada 10 iaitu, Malaikat Jibrail, Malaikat Mikail, Malaikat Israfil, Malaikat Maut, Malaikat Munkar, Malaikat Nakir, Malaikat Raqib, Malaikat Atid, Malaikat Ridhwan dan Malaikat Malik.
3] Percaya kepada Kitab-Kitab
Allah telah menurunkan kitab-kitab kepada para nabi dan rasul. Antara kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah ialah,kitaTaurat, Kitab Injil dan Kitab Al-Quran. Kita mesti percaya terhadap kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah terutamanya kitab terakhir iaitu kitab Al-Quran. Kitab Al-Quran kitab yang sangat istimewa kerana tidak dapat dapat diubahsuai oleh manusia tidak seperti kitab-kitab yang lain.
4] Percaya kepada Nabi dan Rasul.
Nabi ialah lelaki pilihan Allah yang mesti menggunakan wahyu pemberian Allah untuk dirinya dan umatnya sahaja. Rasul ialah lelaki pilihan Allah yang diberikan wahyu untuk dirinya dan umatnya, kemudian perlu disampaikan kepada orang lain. Rasul yang telah wujud di dunia sebanyak 313 orang dan nabi pula 124000 orang. Terdapat 25 orang rasul yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan 5 yang paling aktif dan utama. 5 orang rasul ini dikenali sebagai Rasul Ulul Azmi. Nabi dan Rasul ialah pembimbing manusia yang benar. Jadi kepercayaan terhadap mereka adalah perlu.
5] Percaya kepada hari akhirat
Hari akhirat adalah hari segalanya musnah tetapi akan lahirnya dunia baru dan semua yang mati akan dibangkitkan semula. Hari akhirat juga dikenali sebagai hari Pembangkitan. Pada hari itu juga, Allah memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniup sangkakala dan semua yang mati dihidupkan kembali agar dapat diadili. Syurga dan Neraka akan menjadi tempat tinggal setelah diadili berdasarkan amalan mereka.
Rukun Iman yang ke 6 ialah :-
6] Qada, dan Qadar
Semua yang terjadi di dunia adalah ketetapan Allah s.w.t. dan kita tidak dapat mengubahnya. Sebahagian ulama' mentafsirkan Qada' dan Qadar sebagai Takdir. Semua manusia perlu percaya pada takdir yang telah ditetapkan olehNya.